Jumaat, 22 Februari 2008

Taklimat CUEPACS

Berita terbaru dalam masa yang singkat! Dengan kerjasama pihak CUEPACS, Kuala Lumpur & Kelab Staf KML.

Klik untuk imej besar:























---

Kemaskini:
Sebilangan besar pensyarah dari setiap ceruk jabatan telah mendaftarkan diri untuk mencarum di dalam Skim Ansurans Berkumpul Khas "Group CUEPACS Living Care-Scheme Dana Restu".

Isnin, 18 Februari 2008

Tawaran Pemilikan Saham oleh KOPELL

Sukacita dimaklumkan pihak kelab staf telah dibenarkan untuk membuat penawaran ke atas pemilikan saham bernilai RM100 untuk satu (1) unit saham KOPELL (Koperasi Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Bhd.)

Tawaran ini adalah terbuka kepada semua warga pendidikan (pegawai, pensyarah, guru, kakitangan sokongan) dan semua bekas warga pendidikan yang bermastautin di WP Labuan. Sekiranya berminat, sila dapatkan borang pemilikan saham melalui pengurusi kelab staf, Mohd Amin Md Isa di Tingkat 2, Jabatan Sains.

Lampiran Pekeliling Jab Pelajaran WP Labuan, 22 Jan 2008
(muka surat 1)

(muka surat 2)

*Foto dari The Brunei Numismatist and Philatelist

Ahad, 17 Februari 2008

Pelekat Kenderaan Staf

Bermula 21 Jan 2008, pelekat kenderaan diwajibkan untuk semua kenderaan staf memasuki kawasan kolej. Ia boleh dibeli dengan harga RM5 setiap satu dari:

En. Rizam Ahmad
(Pensyarah Matematik)
Penolong Bendahari Kelab Staf,
di Tingkat 3, Menara Pentadbiran.

(Klik grafik untuk versi besar)

Memo Pengarah, 18 Jan 2008

Memo Kelab Staf, 20 Jan 2008

Contoh pelekat kenderaan

Selasa, 5 Februari 2008

Baru! Blog Kelab Staf

Berbisik, menjerit, email, papan buletin, merpati. Semuanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Kami memilih blog sebagai saluran menyiarkan berita dan hebahan. Tanpa kertas. Tanpa kos tambahan. Semuanya di hujung jari, 365 hari setahun. Canangkan pendapat anda untuk setiap berita tanpa bisikan atau jeritan.

Bookmark kelab365hari sekarang.

Jumaat, 1 Februari 2008

Selamat Hari Wilayah!

Selain tidur lebih lena pada 1 Feb 2008, berdampingan dengan keluarga dan sanak saudara, kenali juga bendera Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20 Ogos 2006 ini -- digunakan untuk apa jua acara rasmi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Klik di sini untuk versi bendera yang ditebar jelas.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

Tanpa kertas

Tanpa tumbangkan pokok
tanpa keringat En Madon membuat salinan
tanpa selerakan
tanpa kos tambahan.

1 permulaan baru dan pengalaman baru
1 kaedah praktikal dan pantas
365 hari setahun.

Laman blog rasmi Kelab Staf Kolej Matrikulasi Labuan.

Bookmark halaman http://kelab365hari.blogspot.com sekarang.