Rabu, 26 Mac 2008

Jalan Keningau-Kimanis Terputus

KENINGAU: Kejadian tanah runtuh awal subuh kelmarin (25 Mac 2008) mengakibatkan jalan Keningau-Kimanis terputus.

Dalam kejadian berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, seorang peniaga yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Tawau melalui jalan Batu 8 Kimanis terselamat dalam inseden itu. Peniaga berusia 60an itu sempat keluar daripada kenderaan pacuan empat roda DoubleCab Vigo yang terperangkap dalam runtuhan tersebut. Walaubagaimanapun kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan apabila dibawa arus tanah sejauh 80 meter di bawah bukit.

Ketua Polis Daerah, DSP Zahari Mohammed yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian pada jam 4:30 pagi untuk memastikan keselamatan pengguna.

Sementara itu, Pegawai Daerah, Haji Zulkifli Nasir yang turut melawat kejadian itu meminta JKR agar menutup jalan tersebut sementara kerja-kerja baik-pulih dilakukan oleh kontraktor.

Bagaimanapun terdapat juga laluan alternatif untuk ke Keningau ataupun ke Tawau (dari Keningau) iaitu dengan menggunakan jalan Keningau-Tambunan - Kota Kinabalu dan Jalan Keningau - Tambunan - Ranau - Tawau.

(Sumber: Utusan Borneo)

P/S: Warga KML yang hendak bercuti ke Keningau, sila ambil perhatian untuk melalui jalan Kota Kinabalu - Tambunan - Keningau.

Isnin, 24 Mac 2008

Borang Soal Selidik KEKKWA

Ingin dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan kaji selidik bagi mengetahui pendapat orang ramai tentang keberkesanan Kempen Budi Bahasa, Kempen Membaca dan Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA). Kempen ini giat dijalankan dan boleh berjaya dengan adanya maklumbalas masyarakat terhadap keberkesanannya. Hasil kaji selidik ini akan dibentangkan kepada Y. B. Menteri KEKKWA.

Kami menghargai masa yang tuan/puan luangkan untuk mengisi borang ini. Borang boleh dimuaturun di laman ini ataupun dapatkan dari kaunter perpustakaan. Borang Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa boleh diisi secara online di sini.

Lihat statistik kaji selidik kempen budi bahasa

(Sila klik imej untuk paparan imej atau klik kanan 'Save Target As' untuk download)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa (m/s2)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Membaca (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Membaca (m/s2)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Tulisan Jawi (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Tulisan Jawi (m/s2)