Isnin, 9 Jun 2008

Pemakaian Kad kakitangan

Adalah dimaklumkan kepada kakitangan yang baru bertugas di Kolej Matrikulasi Labuan bahawa penggunaan kad kakitangan tidak terhad kepada akses palang elektronik di pondok pengawal keselamatan (pintu pagar KML). Kad kakitangan ini juga berfungsi sebagai kad akses ke perpustakaan. Oleh itu, adalah disarankan agar semua kakitangan sentiasa membawa kad ini supaya mudah mengakses palang elektronik laluan masuk yang terdapat di perpustakaan.

Berkuatkuasa hari ini, semua kakitangan termasuk kakitangan akademik, kakitangan bukan akademik, kontraktor kerja-kerja pembersihan dan para pelawat hanya dibenarkan memasuki perpustakaan menggunakan palang elektronik laluan masuk iaitu laluan masuk yang digunakan oleh semua pengguna perpustakaan. Palang elektronik laluan keluar pula digunakan untuk keluar dari perpustakaan. Kedua-dua palang laluan masuk dan keluar ini menggunakan samada kad matrik, kad staf atau kad pelawat sahaja.

Kad kakitangan ini juga berfungsi sama seperti kad matrik pelajar iaitu boleh digunakan untuk peminjaman buku dan tempahan perkhidmatan bilik perbincangan, bilik tayangan dan cambridge corner. Kad ini boleh didapati dari; Unit Teknologi Maklumat, Tingkat 1, Menara Pentadbiran, KML.