Rabu, 26 Mac 2008

Jalan Keningau-Kimanis Terputus

KENINGAU: Kejadian tanah runtuh awal subuh kelmarin (25 Mac 2008) mengakibatkan jalan Keningau-Kimanis terputus.

Dalam kejadian berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, seorang peniaga yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Tawau melalui jalan Batu 8 Kimanis terselamat dalam inseden itu. Peniaga berusia 60an itu sempat keluar daripada kenderaan pacuan empat roda DoubleCab Vigo yang terperangkap dalam runtuhan tersebut. Walaubagaimanapun kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan apabila dibawa arus tanah sejauh 80 meter di bawah bukit.

Ketua Polis Daerah, DSP Zahari Mohammed yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian pada jam 4:30 pagi untuk memastikan keselamatan pengguna.

Sementara itu, Pegawai Daerah, Haji Zulkifli Nasir yang turut melawat kejadian itu meminta JKR agar menutup jalan tersebut sementara kerja-kerja baik-pulih dilakukan oleh kontraktor.

Bagaimanapun terdapat juga laluan alternatif untuk ke Keningau ataupun ke Tawau (dari Keningau) iaitu dengan menggunakan jalan Keningau-Tambunan - Kota Kinabalu dan Jalan Keningau - Tambunan - Ranau - Tawau.

(Sumber: Utusan Borneo)

P/S: Warga KML yang hendak bercuti ke Keningau, sila ambil perhatian untuk melalui jalan Kota Kinabalu - Tambunan - Keningau.

Tiada ulasan: