Jumaat, 1 Ogos 2008

Ahli Jawatankuasa Kelab Staf 2008/2009

(Kemaskini senarai ahli jawatankuasa: 9 Ogos 2008)

Mesyuarat agung hari ini (01 Ogos 2008) telah melantik barisan ahli jawatankuasa yang lebih mantap iaitu gabungan ahli yang berpengalaman dengan ahli yang segar dan bertenaga. Ahli jawatankuasa yang dipilih pada sesi ini terdiri daripada wakil-wakil bagi setiap unit untuk memudahkan hebahan aktiviti kelab dan mewakili unit masing-masing untuk menyampaikan cadangan dan permasalahan ahli-ahlinya.

Pengerusi kelab sesi 2008/2009 yang baru dilantik, Encik Shahril Anwar Jusoh dalam ucapan alu-alauannya menyeru ahli kelab supaya memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik selaras dengan objektif penubuhan kelab staf iaitu memupuk semangat berpasukan dalam menjayakan visi dan misi kolej. Peranan kelab staf untuk menjaga kepentingan ahli dalam aspek kebajikan, sosial, sukan dan rekreasi hanya dapat dijalankan dengan adanya input-input dari setiap ahli untuk menyampaikan maklumat dan cadangan berkaitan menerusi ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa kelab staf sesi 2008/2009 yang telah dilantik secara bersepakat oleh ahli yang hadir pada hari ini;

  • Pengerusi: En. Shahril Anwar Jusoh
  • Timbalan Pengerusi: En. Mohd. Husaine Bin Mukhtar
  • Setiausaha: Cik Kharolrena E Wong
  • Timbalan Setiausaha: Pn. Siti Nor Afidah Bt. Anuar
  • Bendahari: Cik Julma Mustafah
  • Timbalan Bendahari: Cik Rosalia Yusuff

Ahli-ahli jawatankuasa yang mewakili setiap unit juga memikul tanggungjawab berikut:

  • Jawatankuasa Sukan & Rekreasi: En. Azrulnizam Yaacob & Cik Colina Sakim
  • Jawatankuasa Kerohanian: En. Hassan Gani, En. Leirfos Jainus & Pn. Suriani Amat
  • Jawatankuasa Kebajikan: En. Muhammad Nizam Bin Hilmi & Pn. Rokayah Binti Salleh
  • Jawatankuasa Publisiti & Penerbitan: En. Mohd Afindi Mohd Siao, Cik Airien Gandi & Cik Rabiyatul Basariyah Bt. M. Mohaideen
  • Jawatankuasa Jamuan: Cik Shirley Hee & Cik Ivy Jocelyn
  • Jawatankuasa Pembangunan Wanita: Cik Nora Mazugin & Cik Rahmani Binti Shaili

Pembubaran AJK Kelab Staf 2007/2008

AJK Kelab Staf 2007/2008 dibubarkan secara rasminya hari ini. Majlis pembubaran diadakan di dewan kuliah 2 pada jam 2:00 petang. Dalam majlis ini, pengerusi kelab Encik Mohd. Amin Ahmad Isa melaporkan aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan oleh kelab sepanjang tahun 2007/2008.

Laporan kewangan telah disampaikan oleh Penolong Bendahari iaitu Encik Mohd. Rizam Ahmad. Encik Mohd. Rizam menjelaskan bahawa tiada kutipan yuran ahli menyebabkan kewangan kelab telah merosot. Walaupun kutipan yuran tidak dilakukan, kelab telah meneruskan pembayaran sumbangan kepada staf yang kematian ahli keluarga dan staf yang melangsungkan perkahwinan. Staf yang berpindah dan yang mendapat cahaya mata pertama turut diberikan sumbangan.

Sementara itu, bagi staf yang membeli pelekat kenderaan tetapi hanya menggunakan motorsikal, wang pembelian pelekat kenderaan sejumlah 15 ringgit akan dikembalikan.

Encik Mohd. Sayuti bin Ishak seterusnya mempengerusikan majlis untuk perlantikan ahli jawatankuasa kelab staf untuk sesi 2008/2009. Majlis diakhiri pada jam 4:30 petang dengan majlis jamuan bertempat di Kafe Tanjung Muara.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa kelab staf sesi 2007/2008. Mereka ialah;
  • En. Mohd. Amin Ahmad Isa (Pengerusi),
  • En. Kahamasari Abdul Razab (Naib Pengerusi),
  • Pn. Nur Ashikin Abd. Rahim (Setiausaha),
  • Pn. Noor Diana Arifin (Bendahari),
  • En. Mohd Rizam Ahmad (Penolong Bendahari),
  • En. Mohd Shaiful Rizal Yazid,
  • En. Mohd. Hafiz Hasan,
  • Cik Nor Hayati Ibrahim,
  • En. Megat Muhamad Azzad Megat Mahadzir,
  • En. Ridzuan Mat Kasim,
  • En. Syed Nasir Syed Ahmad,
  • Pn. Anita Tinguan,
  • Pn. Ruhana Harith @ Haris dan
  • Pn. Lily Pustin.
Semoga sumbangan ikhlas kalian diberi keberkatan oleh yang maha kuasa.

Isnin, 9 Jun 2008

Pemakaian Kad kakitangan

Adalah dimaklumkan kepada kakitangan yang baru bertugas di Kolej Matrikulasi Labuan bahawa penggunaan kad kakitangan tidak terhad kepada akses palang elektronik di pondok pengawal keselamatan (pintu pagar KML). Kad kakitangan ini juga berfungsi sebagai kad akses ke perpustakaan. Oleh itu, adalah disarankan agar semua kakitangan sentiasa membawa kad ini supaya mudah mengakses palang elektronik laluan masuk yang terdapat di perpustakaan.

Berkuatkuasa hari ini, semua kakitangan termasuk kakitangan akademik, kakitangan bukan akademik, kontraktor kerja-kerja pembersihan dan para pelawat hanya dibenarkan memasuki perpustakaan menggunakan palang elektronik laluan masuk iaitu laluan masuk yang digunakan oleh semua pengguna perpustakaan. Palang elektronik laluan keluar pula digunakan untuk keluar dari perpustakaan. Kedua-dua palang laluan masuk dan keluar ini menggunakan samada kad matrik, kad staf atau kad pelawat sahaja.

Kad kakitangan ini juga berfungsi sama seperti kad matrik pelajar iaitu boleh digunakan untuk peminjaman buku dan tempahan perkhidmatan bilik perbincangan, bilik tayangan dan cambridge corner. Kad ini boleh didapati dari; Unit Teknologi Maklumat, Tingkat 1, Menara Pentadbiran, KML.

Jumaat, 18 April 2008

Air Oh Air

(Nanyikan dalam rentak lagu 'bangau oh bangau')

Air oh air, kenapa engkau kering???
Macamana aku tak kering, katak tak panggil hujan..
Katak oh katak, kenapa tak panggil hujan???
Macamana nak panggil hujan, ular tak makan aku...
Ular oh ular, kenapa tak makan katak???
Macamana nak makan katak, perut aku sakit...
Perut oh perut, kenapa engkau sakit???
Macamana aku tak sakit, minum air kotor...
Air oh air, kenapa engkau kotor???
Macamana aku tak kotor, orang kotorkan aku...
Orang oh orang, kenapa kotorkan air???
Macamana tak kotorkan air, memang kami pengotor


Oh, kalau beginilah jawapan manusia (orang), memang dunia bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih.

Fakta tentang air:
  • Pelarut universal
  • 70% badan manusia adalah air
  • 75% Otak manusia adalah air
  • 97% air di dunia adalah air masin di laut
  • 3% air adalah tawar
  • 0.3% daripada 3% air tawar adalah air bersih yang boleh digunakan oleh manusia untuk makan, minum, mencuci dan kegunaan harian (isi air kereta dsb)
  • manusia hanya boleh hidup selama 5 - 7 hari tanpa air (itupun kalau dia berkurung di tempat sejuk - kalau di padang pasir???)
  • Orang Malaysia menggunakan 15 - 18 billion meter padu air setahun.
  • Orang Malaysia menerima 990 billion meter padu air hujan (yang mengakibatkan banjir kilat di sesetengah bandaraya)

Petua Tradisional Untuk Menjaga Kebersihan Air
  • Jangan membuang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Parit pun bukanlah tempat untuk membuang sampah.
  • Gunakanlah bahan pencuci yang mesra alam.
  • Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak.
  • Elakkan menumpahkan apa-apa jenis minyak ke sinki, longkang, sungai mahupun laut.
  • Jangan bunuh hidupan akuatik. Pencemaran air bukan sahaja membunuh hidupan akuatik tetapi juga tumbuhan di sekeliling.
  • Bawalah rakan-rakan untuk menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik atau sumber air yang lain.
  • Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (atau pihak berkuasa lain) sekiranya ada kawan/orang yang tidak dikenali sengaja mencemarkan air. (Jika pihak pencemar itu enggan mendengar nasihat anda).
Bagi pengguna air di Labuan, jimatkan penggunaan air walaupun anda sanggup membayar bil air kerana Labuan cuma memperolehi bekalan air dari Sabah.
(Sumber: Buletin Pengguna, Januari 2008)
Lagu "air oh air" tidak dipetik dari mana-mana sumber

Rabu, 2 April 2008

Borang Permohonan Gerai MPPB 08/09

Kelab Staf dengan sukacitanya membuka penyertaan bagi semua warga KML untuk pembukaan gerai pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2008/2009

  • Bilangan gerai: 10 (terhad - siapa cepat; dia dapat)
  • Tarikh pembukaan gerai: 11-12 Mei 2008
  • Tarikh tutup permohonan: 1 Mei 2008
  • Tarikh pengumuman permohonan berjaya: 2 Mei 2008
  • Bayaran (Sewaan, RM10 + Deposit tapak, RM30): RM 40


Borang boleh dimuat turun sini:
dilengkapkan dan dihantar pada

En Mohd Amin Isa,
Pengerusi Kelab Staf di Tingkat 4,
Menara Pentadbiran KML
atau
emel di ami_amin@yahoo.com

Rabu, 26 Mac 2008

Jalan Keningau-Kimanis Terputus

KENINGAU: Kejadian tanah runtuh awal subuh kelmarin (25 Mac 2008) mengakibatkan jalan Keningau-Kimanis terputus.

Dalam kejadian berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, seorang peniaga yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Tawau melalui jalan Batu 8 Kimanis terselamat dalam inseden itu. Peniaga berusia 60an itu sempat keluar daripada kenderaan pacuan empat roda DoubleCab Vigo yang terperangkap dalam runtuhan tersebut. Walaubagaimanapun kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan apabila dibawa arus tanah sejauh 80 meter di bawah bukit.

Ketua Polis Daerah, DSP Zahari Mohammed yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian pada jam 4:30 pagi untuk memastikan keselamatan pengguna.

Sementara itu, Pegawai Daerah, Haji Zulkifli Nasir yang turut melawat kejadian itu meminta JKR agar menutup jalan tersebut sementara kerja-kerja baik-pulih dilakukan oleh kontraktor.

Bagaimanapun terdapat juga laluan alternatif untuk ke Keningau ataupun ke Tawau (dari Keningau) iaitu dengan menggunakan jalan Keningau-Tambunan - Kota Kinabalu dan Jalan Keningau - Tambunan - Ranau - Tawau.

(Sumber: Utusan Borneo)

P/S: Warga KML yang hendak bercuti ke Keningau, sila ambil perhatian untuk melalui jalan Kota Kinabalu - Tambunan - Keningau.

Isnin, 24 Mac 2008

Borang Soal Selidik KEKKWA

Ingin dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan kaji selidik bagi mengetahui pendapat orang ramai tentang keberkesanan Kempen Budi Bahasa, Kempen Membaca dan Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA). Kempen ini giat dijalankan dan boleh berjaya dengan adanya maklumbalas masyarakat terhadap keberkesanannya. Hasil kaji selidik ini akan dibentangkan kepada Y. B. Menteri KEKKWA.

Kami menghargai masa yang tuan/puan luangkan untuk mengisi borang ini. Borang boleh dimuaturun di laman ini ataupun dapatkan dari kaunter perpustakaan. Borang Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa boleh diisi secara online di sini.

Lihat statistik kaji selidik kempen budi bahasa

(Sila klik imej untuk paparan imej atau klik kanan 'Save Target As' untuk download)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa (m/s2)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Membaca (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Membaca (m/s2)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Tulisan Jawi (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Tulisan Jawi (m/s2)