Jumaat, 18 April 2008

Air Oh Air

(Nanyikan dalam rentak lagu 'bangau oh bangau')

Air oh air, kenapa engkau kering???
Macamana aku tak kering, katak tak panggil hujan..
Katak oh katak, kenapa tak panggil hujan???
Macamana nak panggil hujan, ular tak makan aku...
Ular oh ular, kenapa tak makan katak???
Macamana nak makan katak, perut aku sakit...
Perut oh perut, kenapa engkau sakit???
Macamana aku tak sakit, minum air kotor...
Air oh air, kenapa engkau kotor???
Macamana aku tak kotor, orang kotorkan aku...
Orang oh orang, kenapa kotorkan air???
Macamana tak kotorkan air, memang kami pengotor


Oh, kalau beginilah jawapan manusia (orang), memang dunia bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih.

Fakta tentang air:
  • Pelarut universal
  • 70% badan manusia adalah air
  • 75% Otak manusia adalah air
  • 97% air di dunia adalah air masin di laut
  • 3% air adalah tawar
  • 0.3% daripada 3% air tawar adalah air bersih yang boleh digunakan oleh manusia untuk makan, minum, mencuci dan kegunaan harian (isi air kereta dsb)
  • manusia hanya boleh hidup selama 5 - 7 hari tanpa air (itupun kalau dia berkurung di tempat sejuk - kalau di padang pasir???)
  • Orang Malaysia menggunakan 15 - 18 billion meter padu air setahun.
  • Orang Malaysia menerima 990 billion meter padu air hujan (yang mengakibatkan banjir kilat di sesetengah bandaraya)

Petua Tradisional Untuk Menjaga Kebersihan Air
  • Jangan membuang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Parit pun bukanlah tempat untuk membuang sampah.
  • Gunakanlah bahan pencuci yang mesra alam.
  • Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak.
  • Elakkan menumpahkan apa-apa jenis minyak ke sinki, longkang, sungai mahupun laut.
  • Jangan bunuh hidupan akuatik. Pencemaran air bukan sahaja membunuh hidupan akuatik tetapi juga tumbuhan di sekeliling.
  • Bawalah rakan-rakan untuk menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik atau sumber air yang lain.
  • Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (atau pihak berkuasa lain) sekiranya ada kawan/orang yang tidak dikenali sengaja mencemarkan air. (Jika pihak pencemar itu enggan mendengar nasihat anda).
Bagi pengguna air di Labuan, jimatkan penggunaan air walaupun anda sanggup membayar bil air kerana Labuan cuma memperolehi bekalan air dari Sabah.
(Sumber: Buletin Pengguna, Januari 2008)
Lagu "air oh air" tidak dipetik dari mana-mana sumber

Rabu, 2 April 2008

Borang Permohonan Gerai MPPB 08/09

Kelab Staf dengan sukacitanya membuka penyertaan bagi semua warga KML untuk pembukaan gerai pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2008/2009

  • Bilangan gerai: 10 (terhad - siapa cepat; dia dapat)
  • Tarikh pembukaan gerai: 11-12 Mei 2008
  • Tarikh tutup permohonan: 1 Mei 2008
  • Tarikh pengumuman permohonan berjaya: 2 Mei 2008
  • Bayaran (Sewaan, RM10 + Deposit tapak, RM30): RM 40


Borang boleh dimuat turun sini:
dilengkapkan dan dihantar pada

En Mohd Amin Isa,
Pengerusi Kelab Staf di Tingkat 4,
Menara Pentadbiran KML
atau
emel di ami_amin@yahoo.com

Rabu, 26 Mac 2008

Jalan Keningau-Kimanis Terputus

KENINGAU: Kejadian tanah runtuh awal subuh kelmarin (25 Mac 2008) mengakibatkan jalan Keningau-Kimanis terputus.

Dalam kejadian berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, seorang peniaga yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Tawau melalui jalan Batu 8 Kimanis terselamat dalam inseden itu. Peniaga berusia 60an itu sempat keluar daripada kenderaan pacuan empat roda DoubleCab Vigo yang terperangkap dalam runtuhan tersebut. Walaubagaimanapun kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan apabila dibawa arus tanah sejauh 80 meter di bawah bukit.

Ketua Polis Daerah, DSP Zahari Mohammed yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian pada jam 4:30 pagi untuk memastikan keselamatan pengguna.

Sementara itu, Pegawai Daerah, Haji Zulkifli Nasir yang turut melawat kejadian itu meminta JKR agar menutup jalan tersebut sementara kerja-kerja baik-pulih dilakukan oleh kontraktor.

Bagaimanapun terdapat juga laluan alternatif untuk ke Keningau ataupun ke Tawau (dari Keningau) iaitu dengan menggunakan jalan Keningau-Tambunan - Kota Kinabalu dan Jalan Keningau - Tambunan - Ranau - Tawau.

(Sumber: Utusan Borneo)

P/S: Warga KML yang hendak bercuti ke Keningau, sila ambil perhatian untuk melalui jalan Kota Kinabalu - Tambunan - Keningau.

Isnin, 24 Mac 2008

Borang Soal Selidik KEKKWA

Ingin dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan kaji selidik bagi mengetahui pendapat orang ramai tentang keberkesanan Kempen Budi Bahasa, Kempen Membaca dan Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA). Kempen ini giat dijalankan dan boleh berjaya dengan adanya maklumbalas masyarakat terhadap keberkesanannya. Hasil kaji selidik ini akan dibentangkan kepada Y. B. Menteri KEKKWA.

Kami menghargai masa yang tuan/puan luangkan untuk mengisi borang ini. Borang boleh dimuaturun di laman ini ataupun dapatkan dari kaunter perpustakaan. Borang Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa boleh diisi secara online di sini.

Lihat statistik kaji selidik kempen budi bahasa

(Sila klik imej untuk paparan imej atau klik kanan 'Save Target As' untuk download)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa (m/s2)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Membaca (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Membaca (m/s2)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Tulisan Jawi (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Tulisan Jawi (m/s2)

Jumaat, 22 Februari 2008

Taklimat CUEPACS

Berita terbaru dalam masa yang singkat! Dengan kerjasama pihak CUEPACS, Kuala Lumpur & Kelab Staf KML.

Klik untuk imej besar:























---

Kemaskini:
Sebilangan besar pensyarah dari setiap ceruk jabatan telah mendaftarkan diri untuk mencarum di dalam Skim Ansurans Berkumpul Khas "Group CUEPACS Living Care-Scheme Dana Restu".

Isnin, 18 Februari 2008

Tawaran Pemilikan Saham oleh KOPELL

Sukacita dimaklumkan pihak kelab staf telah dibenarkan untuk membuat penawaran ke atas pemilikan saham bernilai RM100 untuk satu (1) unit saham KOPELL (Koperasi Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Bhd.)

Tawaran ini adalah terbuka kepada semua warga pendidikan (pegawai, pensyarah, guru, kakitangan sokongan) dan semua bekas warga pendidikan yang bermastautin di WP Labuan. Sekiranya berminat, sila dapatkan borang pemilikan saham melalui pengurusi kelab staf, Mohd Amin Md Isa di Tingkat 2, Jabatan Sains.

Lampiran Pekeliling Jab Pelajaran WP Labuan, 22 Jan 2008
(muka surat 1)

(muka surat 2)

*Foto dari The Brunei Numismatist and Philatelist

Ahad, 17 Februari 2008

Pelekat Kenderaan Staf

Bermula 21 Jan 2008, pelekat kenderaan diwajibkan untuk semua kenderaan staf memasuki kawasan kolej. Ia boleh dibeli dengan harga RM5 setiap satu dari:

En. Rizam Ahmad
(Pensyarah Matematik)
Penolong Bendahari Kelab Staf,
di Tingkat 3, Menara Pentadbiran.

(Klik grafik untuk versi besar)

Memo Pengarah, 18 Jan 2008

Memo Kelab Staf, 20 Jan 2008

Contoh pelekat kenderaan