Isnin, 24 Mac 2008

Borang Soal Selidik KEKKWA

Ingin dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan kaji selidik bagi mengetahui pendapat orang ramai tentang keberkesanan Kempen Budi Bahasa, Kempen Membaca dan Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA). Kempen ini giat dijalankan dan boleh berjaya dengan adanya maklumbalas masyarakat terhadap keberkesanannya. Hasil kaji selidik ini akan dibentangkan kepada Y. B. Menteri KEKKWA.

Kami menghargai masa yang tuan/puan luangkan untuk mengisi borang ini. Borang boleh dimuaturun di laman ini ataupun dapatkan dari kaunter perpustakaan. Borang Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa boleh diisi secara online di sini.

Lihat statistik kaji selidik kempen budi bahasa

(Sila klik imej untuk paparan imej atau klik kanan 'Save Target As' untuk download)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Budi Bahasa (m/s2)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Membaca (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Membaca (m/s2)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Tulisan Jawi (m/s1)

Kaji Selidik Keberkesanan Kempen Tulisan Jawi (m/s2)

2 ulasan:

azzad berkata...

Laman http://kempen.pnm.my/ bila di klik, "failed to open page" katanya.

Mungkin server pnm tu terlalu lambat. Akan cuba lagi nanti.

Francis berkata...

Cuba lagi.. Itu disebabkan kesesakan talian dalam server PNM.